Berita Terkini

Koperasi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Pinang Berhad telah ditubuhkan pada 20 Jun 2012. Semua Guru Besar dan Bekas Guru Besar dijemput memohon menjadi ahli koperasi. Yang berminat sila hubungi En. Abdullah Hashim (Setiausaha KGBSKPPB) ditalian 017-4700097

Tuesday, 26 March 2013

BOLING MGBPP BERSAMA AmBank Pulau Pinang

Pada 22 Mac 2013 yang lalu Pertandingan Boling antara MGBPP dan AmBank Pulau Pinang telah diadakan di SunShine Square, Bayan Baru, Pulau Pinang. Setiap MGB Daerah telah menghantar 4 orang pemain lelaki, 4 orang pemain perempuan dan 15 pegawai dari AmBank Pulau Pinang. Semua hadiah adalah tajaan sepenuhnya dari AMBANK Pulau Pinang. Tahniah kepada pemenang-pemenang. Semoga dengan cara ini dapat mengeratkan perhubungan.

Friday, 22 March 2013

SELAMAT MELAYARI BLOG MGBPP

Kepada semua Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Pinang... Selamat melayari blogspot MAJLIS GURU BESAR PULAU PINANG di alamat http://majlisgurubesarpp.blogspot.com